Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Eksais 1977 [P.U. (A) 161/1977], dipinda dalam peraturan 60A—
(a)
dengan menomborkan semula peruntukan yang sedia ada sebagai subperaturan (1); dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) yang dinomborkan semula, subperaturan yang berikut:
“(2) Tertakluk kepada subperaturan (1), jika tuntutan pulangan cukai di bawah seksyen 19A Akta adalah berhubung dengan pengeksportan atau pengeksportan semula berkenaan dengan barang-barang yang berikut, barang-barang itu hendaklah dieksport atau dieksport semula melalui laut atau udara dari zon bebas:
(a)
rokok
(b)
produk tembakau;
(c)
paip tembakau (termasuk kepala paip);
3
(d)
rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik peribadi yang serupa; atau
(e)
sediaan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan peranti pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel, yang tidak mengandungi nikotin.”.
Dibuat 31 Disember 2020
[MOF.TAX(S)700-1/1/7 JLD.6; PN(PU2)337/XXV]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
4
EXCISE ACT 1976
EXCISE (AMENDMENT) REGULATIONS 2020