Malaysia legislation
Section 47A
Seksyen 47A
(2)
Permohonan bagi kelulusan di bawah subperaturan (1)
hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan permohonan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri.
3
(3)
Apabila permohonan di bawah subperaturan (1)
diterima, Menteri boleh membenarkan atau menolak permohonan bagi kelulusan itu.
(4)
Orang yang diluluskan di bawah peraturan ini hendaklah mematuhi syarat-syarat yang berikut:
(a)
orang yang diluluskan itu hendaklah menyediakan suatu sistem elektronik yang mencukupi untuk merekodkan semua transaksi termasuk apa-apa invois, resit atau laporan yang berhubungan dengan barang yang dijual secara runcit;
(b)
orang yang diluluskan itu tidak boleh menyerahhakkan atau memindah milik kelulusan yang diberikan kepada mana-mana orang lain;
(c)
Ketua
Pengarah boleh memeriksa stok barang yang dijual secara runcit pada bila-bila masa;
(d)
orang yang diluluskan itu hendaklah dengan segera memberitahu Menteri secara bertulis apa-apa perubahan kepada butir-butir permohonan bagi kelulusan yang diberikan oleh
Menteri; dan
(e)
apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
4
(5)
Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan kelulusan yang diberikan di bawah peraturan ini melalui notis secara bertulis.
(6)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (4)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”.
Pindaan peraturan 59Q