Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Peraturan 2 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “kerja elektrik” takrif yang berikut:
‘ “komunikasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588];’;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “voltan amat rendah” takrif yang berikut:
‘ “voltan amat tinggi” ertinya voltan yang biasanya melebihi 230,000 volt;’;
P.U. (A) 73 3
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “voltan rendah” takrif yang berikut:
‘ “voltan sederhana” ertinya voltan yang biasanya melebihi voltan rendah tetapi bersamaan dengan atau tidak melebihi 50,000 volt;’; dan
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “voltan sederhana” takrif yang berikut:
‘ “voltan tinggi” ertinya voltan yang biasanya melebihi 50,000 volt tetapi bersamaan dengan atau tidak melebihi 230,000 volt;’.
Pindaan peraturan 10