Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN FRANCAIS (LEMBAGA PENASIHAT FRANCAIS) (SARAAN ANGGOTA) 2025
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota Lembaga” ertinya anggota Lembaga Penasihat Francais yang dilantik di bawah seksyen 35 Akta;
“Lembaga” ertinya Lembaga Penasihat Francais yang ditubuhkan di bawah seksyen 35 Akta;
“mesyuarat” ertinya apa-apa mesyuarat, perbincangan, lawatan atau bengkel, yang diadakan tidak kurang daripada dua jam bagi maksud menjalankan fungsi Lembaga menurut subseksyen 36(1) Akta;
“saraan” ertinya apa-apa elaun atau kemudahan kewangan yang boleh diterima oleh atau dibayar kepada anggota Lembaga menurut subseksyen 35(4) Akta bagi apa-apa perbelanjaan bagi menghadiri mesyuarat dan termasuklah apa-apa perbelanjaan bagi makanan dan minuman, penginapan, tiket penerbangan atau tuntutan perjalanan.
P.U. (A) 78 3