Skip to content

Seksyen 7

Daftar Badan Pelesenan

of Peraturan-Peraturan Hak Cipta (Badan Pelesenan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 7 of 10
Seksyen 7

(1)

Pengawal hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar yang dinamakan Daftar Badan Pelesenan mengikut apa-apa bentuk dan pada apa-apa bahantara yang ditentukan oleh Pengawal.

(2)

Daftar hendaklah mengandungi semua butiran berhubung dengan badan pelesenan sebagaimana yang diberitahu kepada Pengawal oleh badan pelesenan.

(3)

Mana-mana orang boleh membuat permintaan kepada Pengawal, dalam

Borang LB-2 bersama dengan fi yang ditetapkan, untuk memeriksa Daftar.

(4)

Apabila diluluskan oleh Pengawal, seseorang yang membuat permintaan itu boleh memeriksa Daftar di Pejabat Hak Cipta pada bila-bila masa dan atas apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pengawal.