Skip to content

Seksyen 9

Kewajipan badan pelesenan

of Peraturan-Peraturan Hak Cipta (Badan Pelesenan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 9 of 10
Seksyen 9

(1)

Jika sesuatu badan pelesenan telah mengubah peraturannya yang membentuk sebahagian daripada dokumen konstituennya yang disebut di perenggan 27A(2)(a) Akta, badan pelesenan itu hendaklah mengemukakan peraturan yang telah diubah itu, dalam borang LB-5 bersama dengan fi yang ditetapkan, kepada

Pengawal dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pengubahan itu.

P.U. (A) 159 6

(2)

Jika terdapat apa-apa perubahan pada butiran yang dinyatakan di

Borang LB-1, badan pelesenan itu hendaklah memaklumkan perubahan itu kepada

Pengawal, dalam Borang LB-6 bersama dengan fi yang ditetapkan, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perubahan tersebut.

(3)

Badan pelesenan hendaklah memberikan kepada Pengawal dokumen yang disebut dalam subseksyen 27A(5) Akta bersama Borang LB-7.