Seksyen 10
Pembetulan, pemadaman atau pindaan
of Peraturan-Peraturan Hak Cipta (Pemberitahuan Sukarela) 2012
P.U. (A)In forceProvision 10 of 18
Seksyen 10
(1)
Jika suatu perintah dibuat oleh mahkamah di bawah seksyen 26C Akta untuk membetulkan, memadamkan atau meminda mana-mana catatan dalam Daftar, orang yang mendapatkan perintah itu hendaklah menyampaikan kepada Pengawal salinan perintah mahkamah yang dimeterai bersama dengan Borang CR-7.
(2)
Apabila disampaikan dengan perintah mahkamah bersama dengan
Borang CR-7, Pengawal hendaklah membetulkan, memadamkan atau meminda Daftar dengan sewajarnya.