Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (PEMBERITAHUAN SUKARELA) 2012
Seksyen 2
(1)
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain
"Akta" ertinya Akta Hak Cipta 1987;
"Daftar" ertinya Daftar Hak Cipta yang disebut dalam seksyen 26B Akta;
“elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, photonik atau teknologi yang seumpama;
"karya" ertinya karya yang layak mendapat hak cipta yang disebut dalam subseksyen 7(1) Akta dan karya terbitan yang dilindungi sepertimana karya asal yang disebut dalam subseksyen 8(1) Akta;
"Pejabat Hak Cipta" ertinya pejabat Perbadanan;
P.U. (A) 160 5
"Pemohon" ertinya pencipta karya, pemunya hak cipta karya, pemegang serah hak cipta atau pemegang lesen untuk suatu kepentingan dalam hak cipta yang membuat pemberitahuan dalam apa-apa karya kepada Pengawal, atau seseorang yang membuat pemberitahuan sedemikian bagi pihak pencipta karya, pemunya hak cipta karya, pemegang serah hak cipta atau pemegang lesen untuk suatu kepentingan dalam hak cipta;
"pencipta" hendaklah mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta;
"Pengawal" hendaklah mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta;
“Perbadanan” hendaklah mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta.
Fi yang ditetapkan