Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (PEMBERITAHUAN SUKARELA) 2012
Seksyen 5
(1)
Suatu pemberitahuan hak cipta hendaklah dibuat oleh seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia.
P.U. (A) 160 6
(2)
Jika suatu pemberitahuan hak cipta dibuat oleh pencipta karya, pemunya hak cipta karya, pemegang serah hak cipta atau pemegang lesen untuk suatu kepentingan dalam hak cipta, pemberitahuan itu hendaklah dibuat—
(a)
dalam Borang CR-1 untuk karya yang layak mendapat hakcipta yang disebut dalam subseksyen 7(1) Akta; atau
(b)
dalam
Borang
CR-2 untuk karya terbitan yang dilindungi sepertimana karya asal yang disebut dalam subseksyen 8(1) Akta, bersama dengan suatu akuan berkanun di bawah perenggan 26A(3)(b) Akta, satu salinan karya dan fi yang ditetapkan.
(3)
Jika suatu pemberitahuan hak cipta dibuat oleh seseorang yang bertindak bagi pihak pencipta karya, pemunya hak cipta karya, pemegang serah hak cipta atau pemegang lesen untuk suatu kepentingan dalam hak cipta, pemberitahuan itu hendaklah dibuat—
(a)
dalam Borang CR-3; dan
(b)
dalam Borang CR-1 untuk karya yang layak mendapat hak cipta yang disebut dalam subseksyen 7(1) Akta ini; atau
(c)
dalam
Borang
CR-2 untuk karya terbitan yang dilindungi sepertimana karya asal yang disebut dalam subseksyen 8(1) Akta, bersama dengan suatu akuan berkanun di bawah perenggan 26A(3)(b) Akta, satu salinan karya dan fi yang ditetapkan.
(4)
Jika tajuk karya itu mengandungi perkataan dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, pemberitahuan hak cipta hendaklah, selain daripada borang yang dikehendaki untuk dikemukakan, termasuk juga
P.U. (A) 160 7
terjemahan perkataan itu ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dan transliterasi perkataan itu, serta nama bahasa itu.
(5)
Borang yang dikehendaki untuk dikemukakan kepada Pengawal hendaklah, jika Pemohon ialah orang sebenar, ditandatangani atau diturunkan cap jari oleh Pemohon sendiri, dan jika Pemohon adalah suatu persatuan, pertubuhan, pertubuhan perbadanan atau firma, borang hendaklah ditandatangani oleh seorang pengarah, pengurus, setiausaha, pekongsi, atau pegawai atau orang lain yang serupa bagi persatuan, pertubuhan, pertubuhan perbadanan atau firma, mengikut mana yang berkenaan.
(6)
Suatu salinan karya yang dikemukakan di bawah subperaturan (2)
atau (3) hendaklah jelas dan berkualiti tahan lama hingga Pengawal berpuas hati dan jika Pengawal tidak berpuas hati dengan kejelasan atau kualiti tahan lama karya yang dikemukakan itu, beliau boleh meminta salinan lain karya itu dikemukakan sebagai penggantian sebelum melayan pemberitahuan itu.
(7)
Jika Pengawal membuat permintaan bertulis untuk suatu salinan karya di bawah subperaturan (6), dan Pengawal tidak menerima salinan karya yang diminta dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh permintaan itu, pemberitahuan hak cipta hendaklah disifatkan sebagai ditarik balik.
Pindaan kepada pemberitahuan hak cipta