Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (PEMBERITAHUAN SUKARELA) (PINDAAN) 2022
Seksyen 3
Peraturan 5 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subperaturan
(2)
dengan subperaturan yang berikut:
“(2)
Jika suatu pemberitahuan hak cipta dibuat oleh pemunya hak cipta karya atau pemegang serah hak hak cipta, pemberitahuan itu hendaklah dibuat dalam Borang CR-1 bersama dengan suatu salinan elektronik karya dan fi yang ditetapkan.”;
(b)
dengan menggantikan subperaturan
(3)
dengan subperaturan yang berikut:
“(3)
Jika suatu pemberitahuan hak cipta dibuat oleh seseorang yang bertindak bagi pihak pemunya hak cipta karya atau pemegang serah hak hak cipta, pemberitahuan itu hendaklah dibuat dalam Borang CR-1 dan Borang CR-3 bersama dengan suatu salinan elektronik karya dan fi yang ditetapkan.”;
(c)
dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:
“(3A) Fi pentadbiran hendaklah dibayar kepada Pengawal bagi apa-apa permohonan yang dibuat secara manual oleh Pemohon di bawah subperaturan (2) dan (3).”; dan
(d)
dengan memasukkan selepas subperaturan (7) subperaturan yang berikut:
“(8)
Pemohon hendaklah memberitahu Pengawal secara bertulis jika dia berniat untuk menarik balik permohonan di bawah peraturan ini.”.
P.U. (A) 62 4
Pindaan peraturan 8