Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2023

Seksyen 3

(1)

Apabila menerima apa-apa maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, Pengawal, Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal boleh, dengan keizinan

Pendakwa Raya yang disebut dalam subperaturan 2(2), mengeluarkan tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang 2 Jadual Kedua.

(2)

Suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan adalah sah bagi tempoh empat belas hari atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh

Pengawal, Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh empat belas hari atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah

P.U. (A) 265 3

melakukan kesalahan itu.

Penyetujuterimaan kompaun

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2023