Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012

Seksyen 10

(1)

Suatu permohonan yang berasingan untuk lesen di bawah seksyen 31

Akta hendaklah dibuat berkenaan dengan setiap karya sastera dengan fi yang ditetapkan.

(2)

Dalam menentukan kadar royalti yang kena dibayar kepada tuan punya untuk lesen yang diberikan, Tribunal hendaklah memberi pertimbangan kepada perkara-perkara yang berikut:

(a)

harga retail yang dicadangkan bagi satu salinan terjemahan karya itu;

(b)

standard royalti semasa berkenaan dengan terjemahan karya-karya;

(c)

tempoh lesen; dan

(d)

apa-apa perkara lain yang difikirkan relevan oleh Tribunal.

(3)

Pemegang lesen hendaklah mengeluarkan dan menerbitkan terjemahan itu dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu.

(4)

Pemegang lesen boleh memohon kepada Tribunal untuk melanjutkan tempoh lesen untuk mengeluarkan dan menerbitkan terjemahan dengan memfailkan di

Tribunal empat salinan Borang CT4 bersama dengan fi yang ditetapkan dan menyampaikan sesalinan Borang CT4 kepada tuan punya.

P.U. (A) 212 16

(5)

Pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha secara bertulis tentang tarikh penyampaian itu kepada tuan punya dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh pelaksanaan penyampaian itu.

(6)

Tribunal boleh, jika berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh pemegang lesen mengenai ketidakupayaan pemegang lesen itu untuk mengeluarkan dan menerbitkan terjemahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam lesen, melanjutkan tempoh tersebut.

Pembatalan lesen

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012