Malaysia legislation

Section 19

of PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012

Seksyen 19

(1)

Pengerusi boleh mengarahkan Setiausaha untuk memulakan proses pengurusan kes berkenaan dengan permohonan atau rujukan pada bila-bila masa selepas Penentang memaklumkan kepada Setiausaha secara bertulis tentang tarikh penyampaian Borang CTD kepada Pemohon.

(2)

Sewaktu pengurusan kes, Setiausaha hendaklah—

(a)

berbincang dengan Pemohon dan Penentang tentang apa-apa perkara mengenai permohonan atau rujukan yang difailkan oleh

Pemohon;

P.U. (A) 212 21

(b)

menetapkan tarikh permulaan pendengaran; dan

(c)

memberi arahan tentang apa-apa perkara untuk mempromosi pendengaran yang adil dan cepat.

(3)

Pengurusan kes yang berikutnya boleh diadakan sekiranya perlu sebelum permulaan pendengaran.

(4)

Setiausaha hendaklah, jika wajar, membantu Pemohon dan Penentang untuk mencapai penyelesaian bagi permohonan atau rujukan secara persetujuan. Mana-mana penyelesaian persetujuan hendaklah diluluskan dan direkodkan oleh Pengerusi dan persetujuan itu hendaklah berkuat kuasa sebagaimana ianya adalah keputusan

Tribunal.

(5)

Jika mana-mana pihak gagal untuk hadir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan untuk pengurusan kes, Setiausaha hendaklah menetapkan tarikh pendengaran.

Permohonan, rujukan atau rayuan boleh didengar bersama

Section 19 — PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012