Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012

Seksyen 2

(1)

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta” ertinya Akta Hak Cipta 1987;

“keputusan” ertinya keputusan atau perintah Tribunal tentang permohonan, rujukan atau rayuan dan termasuk penyelesaian persetujuan yang direkodkan, suatu keputusan sama ada untuk melayan rujukan di bawah seksyen 27B atau 27I, dan suatu keputusan sama ada untuk memberi kebenaran khas;

“menerbit”, berhubungan dengan terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain di Malaysia sesuatu karya sastera yang ditulis dalam apa-apa bahasa lain, ertinya menjadikan satu salinan atau lebih karya terjemahan itu tersedia kepada awam, sama ada melalui jualan atau selainnya;

P.U. (A) 212 6

“mengeluar”, berhubungan dengan terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernacular lain di Malaysia sesuatu karya sastera yang ditulis dalam apa-apa bahasa lain, ertinya pembuatan satu salinan atau lebih karya terjemahan itu dalam apa-apa bentuk atau versi; dan “mengeluar semula” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;

"meterai" ertinya meterai Tribunal;

“Pejabat Hak Cipta” ertinya pejabat Perbadanan;

“pembelaan” termasuklah jawapan, respon dan bantahan;

“pemegang lesen” ertinya Pemohon yang telah diberi lesen di bawah seksyen 31

Akta untuk menerbit dan mengeluar terjemahan sesuatu karya sastera;

"Pemohon” ertinya orang, persatuan, pertubuhan, pertubuhan perbadanan atau firma yang membuat permohonan, rujukan atau rayuan kepada Tribunal di bawah peruntukan masing-masing Akta;

“Penentang” ertinya orang yang telah dinamakan oleh Pemohon sebagai pihak yang satu lagi kepada prosiding;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Tribunal atau Timbalan Pengerusi Tribunal atau mana-mana anggota lain Tribunal yang adalah pengerusi yang mempengerusikan apa-apa prosiding di hadapan Tribunal;

“pihak” ertinya Pemohon atau Penentang;

“prosiding” ertinya prosiding yang berhubung dengan suatu permohonan, rujukan atau rayuan di hadapan Tribunal;

“Setiausaha” ertinya Setiausaha kepada Tribunal atau mana-mana pegawai lain yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen 29 (7) Akta;

P.U. (A) 212 7

“Tribunal” ertinya Tribunal Hak Cipta yang ditubuhkan di bawah seksyen 28

Akta.

(2)

Perkataan dan ungkapan yang membawa maksud genus maskulin termasuklah genus neuter dan perempuan.

Fi yang ditetapkan