Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(1)
Jika Pemohon tidak hadir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan untuk pendengaran tetapi Penentang hadir, Pengerusi boleh, jika dia berpuas hati bahawa notis pendengaran telah disampaikan dengan sepatutnya, menolak permohonan, rujukan atau rayuan, mengikut mana yang berkenaan.
(2)
Jika Penentang tidak hadir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan untuk pendengaran tetapi Pemohon hadir, Pengerusi boleh, jika dia berpuas hati bahawa notis pendengaran telah disampaikan dengan sepatutnya—
(a)
meneruskan pendengaran tanpa kehadiran Penentang; atau
(b)
menangguhkan pendengaran ke suatu tarikh kemudian.
(3)
Sebelum melupuskan permohonan, rujukan atau rayuan, mengikut mana yang berkenaan, tanpa kehadiran Penentang, Tribunal hendaklah menimbangkan semua dokumen yang telah difailkan atau dikemukakan sebelum membuat keputusan.
(4)
Jika kedua-dua pihak tidak hadir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan untuk pendengaran, permohonan, rujukan atau rayuan itu, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah dibatalkan.
Pendengaran