Skip to content

Seksyen 22

Pendengaran

of Peraturan-Peraturan Hak Cipta (Tribunal Hak Cipta) 2012

P.U. (A)In forceProvision 22 of 38
Seksyen 22

(1)

Semasa pendengaran di hadapan Tribunal, Pemohon berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kesnya.

(2)

Selepas Pemohon membentangkan kesnya, Penentang hendaklah membentangkan kesnya dan boleh mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kesnya.

P.U. (A) 212 23

(3)

Selepas pihak-pihak menutup kes masing-masing, suatu hujahan boleh dibuat oleh Penentang dan selepas itu oleh Pemohon.

(4)

Pengerusi boleh pada bila-bila masa membantu pihak-pihak dalam menjalankan kes mereka.