Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(1)
Keputusan Tribunal hendaklah dibuat secara bertulis, dan disokong oleh alasan keputusan melainkan jika keputusan itu ialah suatu penyelesaian persetujuan.
(2)
Setiausaha hendaklah menyebabkan sesalinan keputusan dan alasan keputusan itu tersedia di Pejabat Hak Cipta untuk pemeriksaan awam pada waktu bekerja dan jika Pengerusi mengarahkan sedemikian, hendaklah menyebabkan keputusan atau sebahagiannya untuk diiklankan.
(3)
Mana-mana orang boleh membuat permintaan kepada Setiausaha dalam
Borang CT9 bersama dengan fi yang ditetapkan, untuk memeriksa keputusan dan alasan keputusan itu.
(4)
Mana-mana pihak boleh membuat permintaan kepada Setiausaha dalam
Borang CT10 bersama dengan fi yang ditetapkan, untuk mendapatkan salinan asal keputusan atau alasan keputusan.
(5)
Mana-mana orang boleh membuat permintaan kepada Setiausaha dalam
Borang CT10 bersama dengan fi yang ditetapkan, untuk mendapatkan salinan keputusan atau alasan keputusan, atau salinan keputusan atau alasan keputusan yang diperakui sah.
Mengetepikan keputusan