Seksyen 24
Mengetepikan keputusan
of Peraturan-Peraturan Hak Cipta (Tribunal Hak Cipta) 2012
(1)
Apa-apa keputusan yang diperoleh jika satu pihak tidak hadir semasa pendengaran, boleh diketepikan atas permohonan pihak yang terkilan itu.
P.U. (A) 212 24
(2)
Permohonan itu hendaklah dibuat oleh pihak yang terkilan dalam tempoh tiga puluh hari selepas keputusan itu telah dibuat dengan memfailkan di Tribunal enam salinan Borang CT11 bersama dengan fi yang ditetapkan dan menyampaikan sesalinan
Borang CT11 kepada pihak yang satu lagi.
(3)
Selepas permohonan itu dimasukkan di dalam Daftar Tribunal, Setiausaha hendaklah menetapkan tarikh pendengaran dihadapan Tribunal.
Prosedur jika tiada peruntukan dibuat