Malaysia legislation

Section 29

of PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012

Seksyen 29

(1)

Tribunal boleh—

(a)

mendapatkan dan menerima keterangan bersumpah atau dengan ikrar, sama ada secara bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang itu sebagai saksi, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh

Tribunal untuk mendapatkan, menerima atau memeriksa;

(b)

menghendaki pengemukaan dihadapannya buku, kertas, dokumen, rekod dan benda;

(c)

mengendalikan sumpah atau ikrar, mengikut kehendak keadaan;

(d)

mendapatkan dan menerima apa-apa keterangan lain dan membuat apa-apa siasatan lain sebagaimana yang difikirkannya patut;

(e)

memanggil pihak-pihak kepada prosiding itu atau mana-mana orang lain supaya hadir dihadapannya untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau selainnya untuk membantu Tribunal dalam pertimbangtelitiannya;

(f)

menerima keterangan pakar; dan

(g)

secara umumnya mengarahkan dan melakukan segala yang perlu atau suai manfaat bagi maksud mempercepat penentuan permohonan, rujukan atau rayuan.

(2)

Sesuatu saman yang dikeluarkan di bawah peraturan ini hendaklah disampaikan dan dikuatkuasakan seolah-olah ia suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah rendah.

P.U. (A) 212 26

Saksi adalah terikat untuk bercakap benar

Section 29 — PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012