Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
Penyelesaian dan keputusan Tribunal adalah muktamad
(1)
Tiap-tiap keputusan Tribunal—
(a)
hendaklah muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding itu; dan
(b)
hendaklah disifatkan sebagai perintah Mahkamah Sesyen dan dikuatkuasakan sewajarnya oleh mana-mana pihak kepada prosiding itu.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(b), Setiausaha hendaklah menghantar satu salinan keputusan yang dibuat oleh Tribunal kepada Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa di tempat yang dengannya keputusan itu berkaitan atau di tempat keputusan itu dibuat dan Mahkamah Sesyen itu hendaklah menyebabkan salinan keputusan itu direkodkan.
Perakuan dokumen