Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Borang
(1)
Borang yang disenaraikan dalam Jadual Kedua hendaklah digunakan bagi maksud yang disebut dalam Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Kandungan borang yang disenaraikan dalam Jadual Kedua adalah sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
(3)
Bagi maksud penyampaian, Borang CT1 dan Borang CT2 adalah sah untuk enam puluh hari dari tarikh pengeluarannya.
(4)
Borang yang dikehendaki untuk difailkan di Tribunal hendaklah, jika pihak ialah orang sebenar, ditandatangani atau diturunkan cap jari oleh pihak sendiri, dan jika pihak adalah suatu persatuan, pertubuhan, pertubuhan perbadanan atau firma, borang hendaklah ditandatangani oleh seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang serupa dalam persatuan, pertubuhan atau pertubuhan perbadanan, atau tuan punya firma.
P.U. (A) 212 8