Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012

Seksyen 5

(1)

Prosiding yang tidak menghendaki kebenaran khas Tribunal atau prosiding yang kebenaran khas Tribunal telah diberikan, hendaklah dimulakan oleh

Pemohon dengan memfailkan di Tribunal dalam Borang CT1—

(a)

suatu permohonan di bawah seksyen 16B Akta;

(b)

suatu rujukan di bawah seksyen 27B, 27C, 27D, 27I atau 27J Akta;

(c)

suatu permohonan di bawah seksyen 27E, 27F atau 27K Akta; atau

(d)

suatu permohonan untuk lesen di bawah seksyen 31 Akta.

(2)

Pemohon hendaklah memfailkan sekurang-kurangnya enam salinan borang di bawah subperaturan (1) bersama dengan fi yang ditetapkan.

(3)

Apabila borang itu telah diterima oleh Tribunal, Setiausaha hendaklah menyebabkan salinan yang difailkan—

(a)

dibezakan melalui nombor; dan

(b)

ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai dengan meterai

Tribunal, dan borang itu hendaklah disifatkan sebagai telah dikeluarkan.

(4)

Setiausaha hendaklah menyebabkan tiap-tiap permohonan atau rujukan yang difailkan dicatatkan dalam suatu daftar yang dikenali sebagai Daftar Tribunal.

P.U. (A) 212 9

(5)

Selepas sesuatu permohonan atau rujukan telah dicatatkan dalam Daftar

Tribunal, Setiausaha hendaklah menyimpan empat salinan Borang CT1 yang telah dimeterai dan ditandatangani, dan mengembalikan selebihnya Borang CT1 yang telah dimeterai dan ditandatangani kepada Pemohon.

(6)

Pemohon hendaklah menyampaikan satu salinan Borang CT1 yang telah dimeterai dan ditandatangani kepada Penentang.

(7)

Pemohon hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha secara bertulis tentang tarikh penyampaian itu kepada Penentang dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh pelaksanaan penyampaian itu.

(8)

Jika Pemohon tidak memaklumkan kepada Setiausaha secara bertulis tentang tarikh penyampaian di bawah subperaturan (7), Tribunal boleh menolak permohonan atau rujukan oleh Pemohon.

(9)

Tertakluk kepada perenggan 6(1)(a), Penentang yang kepadanya telah disampaikan sesalinan Borang CT1 di bawah subperaturan (6) hendaklah dalam tempoh tiga puluh hari selepas penyampaian itu, memfailkan di Tribunal empat salinan pembelaannya dalam Borang

CTD bersama dengan fi yang ditetapkan dan menyampaikan kepada Pemohon sesalinan pembelaannya dalam Borang CTD.

(10)

Penentang hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha secara bertulis tentang tarikh penyampaian kepada Pemohon dalam tempoh empat belas hari dari tarikh pelaksanaan penyampaian itu.

(11)

Jika Penentang tidak memfailkan Borang CTD menurut subperaturan (9)

atau perenggan 6(1)(a), Setiausaha boleh menetapkan tarikh pendengaran dihadapan

Tribunal.

P.U. (A) 212 10

(12)

Jika Penentang memfailkan Borang CTD menurut subperaturan (9) atau perenggan 6(1)(a),

Setiausaha hendaklah memaklumkan pihak-pihak tentang tarikh pengurusan kes.

(13)

Setiausaha hendaklah menyebabkan tiap-tiap pembelaan yang difailkan dicatatkan dalam Daftar Tribunal.

Rujukan skim pelesenan yang dicadangkan dan terma lesen yang dicadangkan

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012