Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012

Seksyen 6

(1)

Dalam hal suatu rujukan di bawah seksyen 27B atau 27I Akta, Tribunal hendaklah selepas difailkan Borang CT1 bersama dengan fi yang ditetapkan, memutuskan sama ada untuk melayan rujukan itu dan boleh bagi maksud itu, dengan budi bicaranya, membenarkan representasi secara bertulis dibuat oleh pihak-pihak dan jika, selepas menimbangkan rujukan dan representasi itu, jika ada, Tribunal—

(a)

memutuskan untuk melayan rujukan itu, Penentang hendaklah memfailkan di Tribunal empat salinan pembelaannya dalam

Borang

CTD bersama dengan fi yang ditetapkan dan menyampaikan kepada Pemohon sesalinan pembelaanya dalam

Borang CTD dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh keputusan itu. Selepas itu subperaturan 5(10) hingga (13)

hendaklah terpakai; atau

(b)

menolak untuk melayan rujukan itu, ia hendaklah mengarahkan bahawa tiada prosiding lanjut boleh diambil oleh mana-mana pihak berkaitan dengan rujukan itu.

(2)

Keputusan Tribunal hendaklah secara bertulis dan hendaklah disokong dengan alasan keputusannya, dan pihak-pihak boleh memperoleh sesalinan keputusan atau alas an keputusan daripada Setiausaha dengan membayar fi yang ditetapkan.

P.U. (A) 212 11

Permohonan atau rujukan yang menghendaki kebenaran khas Tribunal

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (TRIBUNAL HAK CIPTA) 2012