Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Suatu permohonan atau suatu rujukan yang menghendaki kebenaran khas Tribunal di bawah subseksyen 16B(3C), 27D(2), 27F(2) atau 27K(2) Akta hendaklah dibuat oleh Pemohon dengan memfailkan di Tribunal sekurang-kurangnya enam salinan Borang CT2 bersama dengan fi yang ditetapkan.
(2)
Apabila borang itu diterima, Setiausaha hendaklah menyebabkan salinan yang difailkan—
(a)
dibezakan melalui nombor; dan
(b)
ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai dengan meterai
Tribunal, dan borang itu hendaklah disifatkan sebagai telah dikeluarkan.
(3)
Setiausaha hendaklah menyebabkan tiap-tiap permohonan untuk kebenaran khas yang difailkan dicatatkan dalam Daftar Tribunal.
(4)
Selepas permohonan untuk kebenaran khas telah dicatatkan dalam Daftar
Tribunal, Setiausaha hendaklah menyimpan empat salinan Borang CT2 yang telah dimeterai dan ditandatangani, dan mengembalikan selebihnya Borang CT2 yang telah dimeterai dan ditandatangani kepada Pemohon.
(5)
Pemohon hendaklah menyampaikan satu salinan Borang CT2 yang telah dimeterai dan ditandatangani kepada Penentang.
(6)
Pemohon hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha secara bertulis tentang tarikh penyampaian kepada Penentang dalam tempoh empat belas hari dari tarikh pelaksanaan penyampaian itu.
P.U. (A) 212 12
(7)
Jika Pemohon tidak memaklumkan kepada Setiausaha secara bertulis tentang tarikh penyampaian di bawah subperaturan (6), Tribunal boleh menolak permohonan untuk kebenaran khas oleh Pemohon tetapi ia hendaklah tidak menjejaskan hak Pemohon untuk membuat permohonan baru untuk kebenaran khas mengikut Peraturan-Peraturan ini.
(8)
Penentang yang kepadanya telah disampaikan sesalinan Borang CT2
dibawah subperaturan (5)
hendaklah dalam tempoh tiga puluh hari selepas penyampaian itu, memfailkan di Tribunal empat salinan reprentasinya dalam Borang
CTR bersama dengan fi yang ditetapkan dan menyampaikan kepada Pemohon sesalinan representasinya dalam Borang CTR.
(9)
Penentang hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha secara bertulis tentang tarikh penyampaian kepada Pemohon dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh pelaksanaan penyampaian itu.
(10)
Tribunal, selepas menimbangkan permohonan untuk kebenaran khas dan representasi yang dibuat oleh Penentang, jika ada, dan jika Tribunal fikirkan perlu, selepas memberi Pemohon dan Penentang suatu peluang untuk didengar, hendaklah memberi atau menolak permohonan untuk kebenaran khas itu.
(11)
Keputusan Tribunal hendaklah secara bertulis dan hendaklah disokong oleh alasan keputusan, dan pihak-pihak boleh memperoleh sesalinan keputusan atau alasan keputusan daripada Setiausaha dengan membayar fi yang ditetapkan.
(12)
Jika Tribunal memberi kebenaran khas, Pemohon hendaklah mula membuat permohonan atau rujukan di bawah seksyen 16B, 27D, 27F atau 27K Akta menurut prosedur di bawah peraturan 5.
Rayuan