Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Sesuatu badan pelesenan yang terkilan dengan keputusan Pengawal dibawah subseksyen 27A(6) Akta untuk membatalkan perisytiharan yang diberikan
P.U. (A) 212 13
kepada badan pelesenan itu boleh merayu kepada Tribunal dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu dengan memfailkan di Tribunal sekurang-kurangnya enam salinan Borang CT3 bersama dengan fi yang ditetapkan.
(2)
Apabila borang itu diterima, Setiausaha hendaklah menyebabkan salinan yang difailkan—
(a)
dibezakan melalui nombor; dan
(b)
ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai dengan meterai
Tribunal, dan borang itu hendaklah disifatkan sebagai telah dikeluarkan.
(3)
Setiausaha hendaklah menyebabkan tiap-tiap rayuan yang difailkan dicatatkan dalam Daftar Tribunal.
(4)
Selepas rayuan itu telah dicatatkan dalam Daftar Tribunal, Setiausaha hendaklah menyimpan empat salinan Borang CT3 yang telah dimeterai dan ditandatangani, dan mengembalikan selebihnya Borang CT3 yang telah dimeterai dan ditandatangani kepada Pemohon.
(5)
Pemohon hendaklah menyampaikan satu salinan Borang CT3 yang telah dimeterai dan ditandatangani kepada Pengawal.
(6)
Pemohon hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha secara bertulis tentang tarikh penyampaian itu kepada Pengawal dalam tempoh empat belas hari dari tarikh pelaksanaan penyampaian itu.
(7)
Jika Pemohon tidak memaklumkan kepada Setiausaha secara bertulis tentang tarikh penyampaian itu di bawah subperaturan (6), Tribunal boleh menolak rayuan itu.
P.U. (A) 212 14
(8)
Pengawal yang kepadanya telah disampaikan sesalinan Borang CT3 di bawah subperaturan (6) hendaklah dalam tempoh tiga puluh hari selepas penyampaian itu, jika perlu, memfailkan di Tribunal empat salinan pembelaannya dalam Borang CTD dan menyampaikan kepada Pemohon sesalinan pembelaanya dalam Borang CTD.
(9)
Jika Pengawal telah menyampaikan Borang CTD kepada Pemohon,
Pengawal hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha secara bertulis tentang tarikh penyampaian itu dalam tempoh empat belas hari selepas tarikh pelaksanaan penyampaian itu.
(10)
Tanpa mengira sama ada Pengawal telah memfailkan Borang CTD atau tidak, Setiausaha hendaklah menetapkan tarikh pendengaran di hadapan Tribunal.
(11)
Setiausaha hendaklah menyebabkan tiap-tiap pembelaan yang difailkan dicatatkan dalam Daftar Tribunal.
(12)
Tribunal selepas menimbangkan rayuan itu, boleh mengesahkan, mengubah, menggantikan atau mengetepikan keputusan Pengawal.
Pindaan kepada permohonan, rujukan, rayuan dan pembelaan