Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(1)
Suatu pihak boleh pada bila-bila masa meminda Borang CT1, CT3 atau
CTD, mengikut mana yang berkenaan, sebelum tarikh pendengaran ditetapkan dengan memfailkan di Tribunal empat salinan Borang CT1, CT3 atau CTD yang telah dipinda bersama dengan fi yang ditetapkan dan menyampaikan kepada pihak yang satu lagi satu salinan Borang CT1, CT3 atau CTD yang telah dipinda.
(2)
Sebagai respons kepada penyampaian Borang CT1, CT3 atau CTD yang telah dipinda itu, pihak yang satu lagi hendaklah kemudiannya mempunyai empat belas hari untuk memfailkan di Tribunal dan menyampaikan kepada pihak yang berkenaan
Borang CT1, CT3 atau CTD yang telah dipindanya, mengikut mana yang berkenaan.
P.U. (A) 212 15
(3)
Jika tarikh pendengaran telah ditetapkan, pihak itu hanya boleh meminda
Borang CT1, CT3 atau CTD dengan kebenaran Tribunal.
Permohonan lesen untuk mengeluar dan menerbitkan terjemahan