Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2013

Seksyen 4

(1)

Setelah suatu penyiasatan dijalankan dan didapati bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, Datuk Bandar boleh, dengan persetujuan Pendakwa Raya, mengeluarkan suatu Notis Tawaran untuk Mengkompaun

Kesalahan dalam Borang 1 Jadual.

(2)

Tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah bagi tempoh empat belas hari, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh empat belas hari itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.

(3)

Jika tiada pembayaran bagi kompaun yang telah ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh masa yang dinyatakan dalam subperaturan (2), pendakwaan boleh dimulakan tanpa notis selanjutnya.

Pembayaran kompaun

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2013