Seksyen 3
Tatacara mengkompaun
of Peraturan-Peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pengkompaunan Kesalahan) 2021
(1)
Apabila menerima apa-apa maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, pihak berkuasa pelesenan boleh mengeluarkan tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang 2 Jadual Kedua.
(2)
Suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan adalah bagi tempoh tiga puluh hari atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang boleh diberikan oleh pihak berkuasa pelesenan atau mana-mana orang yang diberi kuasa sewajarnya oleh Menteri secara bertulis, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh tiga puluh hari atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.
P.U. (A) 13 3