Skip to content

Seksyen 5

Pembayaran kompaun

of Peraturan-Peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pengkompaunan Kesalahan) 2021

P.U. (A)In forceProvision 5 of 6
Seksyen 5

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu secara kiriman wang, wang pos, perintah juruwang, arahan bank atau draf bank dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja” yang kena dibayar kepada

Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

(2)

Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi untuk tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.