Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN PERNIAGAAN AGENSI PENGEMBARAAN) (PINDAAN) 2025

Seksyen 4

Peraturan 6 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subperenggan (1)(m)(i) dengan subperenggan yang berikut:

“(i)

dia hendaklah membeli polisi insurans, mendepositkan wang tunai kepada Pesuruhjaya, atau memberi Pesuruhjaya jaminan bank, sejumlah maksimum RM1,000.000.00 bagi maksud pampasan atau bayaran balik untuk perlindungan pelancong atau jemaah ke luar negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang diarahkan oleh Pesuruhjaya;”;

(b)

dalam subperenggan (1)(m)(iii), dengan menggantikan perkataan

“wang tunai” dengan perkataan “polisi insurans, wang tunai”;

(c)

dengan memasukkan selepas subperaturan

(1C)

subperaturan yang berikut:

“(1D) Syarat-syarat yang berikut dikenakan ke atas seseorang pengendali pelancongan berlesen bagi pelancongan dalam negeri yang mengendalikan peserta Program Malaysia My Second Home

(MM2H):

(a)

pengendali pelancongan berlesen hendaklah menggunakan standard Program Malaysia My Second

Home (MM2H) sebagaimana yang ditentukan oleh

Pesuruhjaya;

4

(b)

pengendali pelancongan berlesen dilarang mempunyai pemegangan saham dalam mana-mana syarikat pengendalian pelancongan berlesen bagi pelancongan dalam negeri yang lain yang mengendalikan

Program Malaysia My Second Home (MM2H);

(c)

tertakluk kepada perenggan (d), pengendali pelancongan berlesen hendaklah mengenakan caj tetap bagi kelas perkhidmatan pengendali pelancongan berlesen sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Kawalan

Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] kepada peserta yang memohon kelulusan bagi Program Malaysia My

Second Home (MM2H);

(d)

bagi maksud perenggan (c), pengendali pelancongan berlesen boleh menerima deposit dalam apa-apa jumlah sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya, dan baki caj tetap bagi kelas perkhidmatan pengendali pelancongan berlesen hendaklah dituntut selepas permohonan sebagai peserta Program Malaysia My Second Home (MM2H)

diluluskan;

(e)

pengendali pelancongan berlesen hendaklah melaksanakan apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan atau yang bersampingan dengan Program

Malaysia My Second Home (MM2H) sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.”; dan

(d)

dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “(1A) atau (1B)”

dengan perkataan “1(A), (1B) atau (1D)”.

5

Pemotongan Jadual Ketiga

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN PERNIAGAAN AGENSI PENGEMBARAAN) (PINDAAN) 2025