Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (CAJ PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN) 2022

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“nilai tahunan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];

“pekerja” ertinya mana-mana orang yang bekerja dalam atau berpangkalan di sesuatu premis perindustrian dan termasuklah kontraktor, perunding, ejen atau wakil pemilik atau penghuni premis itu;

“perkhidmatan bersambung” ertinya pengumpulan, pengangkutan, rawatan dan pelupusan kumbahan dan enap cemar kumbahan yang diterima melalui paip sambungan persendirian yang bersambung ke sistem pembetungan awam atau mana-mana bahagian daripada sistem pembetungan awam itu;

“perkhidmatan nyahenap cemar” ertinya penyaliran keluar, penyingkiran dan pengangkutan kumbahan dan enap cemar kumbahan dari tangki septik untuk rawatan dan pelupusan sewajarnya;

P.U. (A) 297 3

“premis domestik” ertinya mana-mana premis yang digunakan secara eksklusif untuk kediaman manusia dan tidak termasuk premis yang sebahagiannya digunakan untuk aktiviti perindustrian atau komersial;

“premis

Kerajaan”

ertinya mana-mana premis yang diduduki oleh

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan suatu Negeri, suatu pihak berkuasa tempatan, suatu badan berkanun yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri, suatu mahkamah atau tribunal;

“premis komersial” ertinya mana-mana premis yang digunakan sepenuhnya atau sebahagiannya untuk perdagangan, perniagaan, penyediaan perkhidmatan atau kemudahan, sama ada untuk keuntungan atau sebaliknya;

“premis perindustrian” ertinya mana-mana premis yang digunakan sepenuhnya atau sebahagiannya untuk aktiviti perindustrian yang termasuk pembuatan, pemprosesan atau pemasangan barangan atau bahan;

“rumah kediaman estet” ertinya mana-mana premis domestik yang terletak di atas tanah yang dikhaskan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan bagi maksud pertanian di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 828] termasuklah tanah sedemikian yang digunakan bagi maksud penanaman apa-apa tanaman termasuk pokok yang ditanam bagi mendapatkan hasilnya, berkebun sayur, penternakan dan penyimpanan lebah madu, ternakan dan reptilia dan akuakultur;

“rumah kediaman kampung” ertinya mana-mana premis domestik yang terletak di atas tanah yang diisytiharkan sebagai suatu kampung oleh Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan, atau disifatkan sebagai kampung yang ditubuhkan di bawah

Kanun Tanah Negara;

“rumah kediaman kampung baru” ertinya mana-mana premis domestik yang terletak di atas tanah yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan sebagai suatu ‘kampung baru’;

P.U. (A) 297 4

“rumah kos rendah” ertinya mana-mana premis domestik yang diklasifikasikan oleh pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan sebagai suatu

‘rumah kos rendah’;

“tangki septik yang tidak diluluskan” ertinya mana-mana tangki septik yang dibina atau dipasang tidak mengikut pelan atau spesifikasi yang diluluskan di bawah Akta atau Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 [Akta 508].

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (CAJ PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN) 2022