Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (DEPOSIT, FI DAN CAJ PERKHIDMATAN AIR) 2014
Seksyen 5
Deposit bagi suatu akaun bekalan air hendaklah dikaji semula mengikut formula yang berikut:
(a)
dalam hal suatu akaun bekalan air, berkenaan dengan premis yang dinyatakan di bawah butiran 1 Bahagian I Jadual Pertama yang dibuka bagi suatu—
(i)
tempoh genap dua belas bulan sebelum tarikh kajian semula di bawah peraturan 4—
Deposit =
(Purata penggunaan bulanan bagi tempoh dua belas bulan sebelum bulan kajian semula) x (kadar perkhidmatan bekalan air) x 2; atau
P.U. (A) 37 8
(ii)
tempoh yang kurang daripada dua belas bulan sebelum tarikh kajian semula di bawah peraturan 4—
Deposit =
(Purata penggunaan bulanan bagi jumlah bilangan bulan sebelum bulan kajian semula) x (kadar perkhidmatan bekalan air) x 2; dan
(b)
dalam hal suatu akaun bekalan air yang berkenaan dengan premis yang dinyatakan di bawah butiran 2 Bahagian I Jadual Pertama—
Deposit =
(Purata penggunaan bulanan bagi suatu tempoh enam bulan sebelum bulan kajian semula) x (kadar perkhidmatan bekalan air) x 2.
Deposit yang dikaji semula