Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (DEPOSIT, FI DAN CAJ PERKHIDMATAN AIR) (PINDAAN) 2025
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi dan Caj
Perkhidmatan Air) 2014 [P.U. (A) 37/2014], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”
dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2 dengan memasukkan selepas takrif “kos sebenar pemotongan atau penyambungan semula” takrif yang berikut:
‘ “pusat data” ertinya mana-mana premis yang digunakan secara khusus untuk menempatkan kelengkapan dan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi secara berpusat bagi maksud mengurus data termasuk menyimpan, mengumpul, memproses atau mengagih data;’.