Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (DEPOSIT, FI DAN CAJ PERKHIDMATAN AIR) (PINDAAN) 2025

Seksyen 3

Peraturan baharu 13A

peraturan yang berikut:

“Caj jaminan penggunaan 13A.

(1)

Mana-mana pengguna bagi suatu pusat data yang memohon suatu akaun bekalan air kepada pemegang lesen hendaklah

P.U. (A) 274 3

mengemukakan bersama permohonan itu, suatu anggaran permintaan air bulanan untuk tempoh enam tahun pertama pengoperasian pusat data itu.

(2)

Jika selepas tiga tahun pertama pengoperasian pusat data itu, terdapat perubahan dalam anggaran permintaan air bulanan yang dikemukakan di bawah subperaturan (1), pengguna boleh mengemukakan suatu anggaran permintaan air bulanan baharu kepada pemegang lesen bagi baki tiga tahun pengoperasian pusat data itu.

(3)

Jika penggunaan air bulanan sebenar kurang daripada anggaran permintaan air bulanan yang dikemukakan di bawah subperaturan (1) atau anggaran permintaan air bulanan baharu yang dikemukakan di bawah subperaturan (2), pemegang lesen boleh mengenakan ke atas pengguna suatu caj jaminan penggunaan secara bulanan berdasarkan formula yang berikut:

Anggaran permintaan air bulanan -

penggunaan air bulanan sebenar x kadar perkhidmatan bekalan air”.

Pindaan peraturan 14

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (DEPOSIT, FI DAN CAJ PERKHIDMATAN AIR) (PINDAAN) 2025