Seksyen 3
Pelepasan efluen terlarang
of Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Efluen Terlarang) 2021
P.U. (A)In forceProvision 3 of 3
Seksyen 3
(1)
Tiada seorang pun boleh melepaskan atau membenarkan dilepaskan ke dalam mana-mana pembetung awam atau tempat rawatan kumbahan awam, apa-apa efluen terlarang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual, tanpa kelulusan Suruhanjaya.
(2)
Apa-apa permohonan untuk kelulusan
Suruhanjaya di bawah subperaturan (1) boleh dibuat dalam apa-apa cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.