Seksyen 10
Kerjasama dengan badan penyelesaian pertikaian lain
of Peraturan-Peraturan Institusi Kewangan Pembangunan (Skim Ombudsman Kewangan) 2016
(1)
Bagi maksud penunaian fungsi dan kewajipannya di bawah
Peraturan-Peraturan ini, pengendali skim boleh, sebagaimana yang ia berpendapat perlu bagi maksud penyelesaian pertikaian, membuat perkiraan untuk bekerjasama dengan mana-mana badan penyelesaian pertikaian lain, termasuk untuk mendapatkan atau berkongsi apa-apa dokumen atau maklumat dengan badan penyelesaian pertikaian itu.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), pendedahan apa-apa dokumen atau maklumat yang bersifat rahsia kepada badan penyelesaian pertikaian lain adalah tertakluk kepada peraturan 8.