Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN) 2016
Seksyen 9
(1)
Bank boleh memberi apa-apa arahan secara bertulis kepada pengendali skim, sama ada secara am atau khusus, sekiranya Bank berpendapat adalah perlu bagi—
8
(a)
memastikan bahawa Skim Ombudsman Kewangan dikendalikan mengikut prinsip kebebasan, keadilan dan kesaksamaan, kemudahaksesan, kebertanggungjawaban, ketelusan dan keberkesanan;
(b)
memastikan keberkesanan pentadbiran dan penguatkuasaan
Peraturan-Peraturan ini; atau
(c)
memastikan pematuhan kepada apa-apa kehendak, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Bank ke atas pengendali skim menurut Akta atau
Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Pengendali skim hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah subperaturan (1).
Kerjasama dengan badan penyelesaian pertikaian lain