Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Permohonan bagi pembaharuan kelulusan untuk mengendalikan kursus pengajian atau kursus pengajian tambahan hendaklah dibuat dalam Borang ‘C’ dalam Jadual Pertama.
(2)
Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar tidak lewat daripada enam bulan sebelum habis tempoh kelulusan untuk mengendalikan
P.U. (A) 363 5
kursus pengajian atau kursus pengajian tambahan itu.
(3)
Permohonan di bawah subperaturan (1) bagi setiap kursus pengajian atau kursus pengajian tambahan hendaklah dibuat dalam borang permohonan yang berasingan.
(4)
Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan—
(a)
perakuan akreditasi yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia di bawah
Bahagian
VIII
Akta
Agensi
Kelayakan
Malaysia 2007
dan apa-apa syarat yang dikenakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau badan profesional yang berkenaan yang berhubungan dengan perakuan akreditasi itu;
dan
(b)
apa-apa dokumen lain yang ditentukan oleh
Ketua Pendaftar.
(5)
Jika Ketua Pendaftar berpuas hati dengan permohonan di bawah subperaturan (1), Ketua Pendaftar bolehlah meluluskan permohonan itu.
(6)
Apabila permohonan diluluskan di bawah subperaturan (5), pemohon itu hendaklah membayar fi kelulusan kepada Ketua Pendaftar sebagaimana yang dinyatakan dalam