Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN INSURANS (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT ANTARABANGSA YANG DILULUSKAN) 2012

Seksyen 2

Tafsiran

“Bank” ertinya Bank Negara Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta

Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];

“broker insurans MAT yang diluluskan” ertinya seorang broker insurans yang diluluskan di bawah peraturan 4;

“insurans MAT” ertinya risiko insurans yang berhubungan dengan perkapalan maritim antarabangsa, penerbangan perdagangan antarabangsa dan apa-apa liabiliti yang berpunca daripada risiko itu dan risiko yang berhubungan dengan barang-barang dalam transit antarabangsa;

“Malaysia” ertinya Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur tetapi tidak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan;

“negara atau wilayah yang ditetapkan” ertinya suatu negara atau wilayah yang dinyatakan dalam Jadual;

P.U. (A) 169 3

“penanggung insurans MAT” ertinya suatu penanggung insurans di negara atau wilayah yang ditetapkan;

“perniagaan pembrokeran insurans MAT” ertinya perniagaan pembrokeran insurans yang dijalankan semata-mata berkenaan dengan insurans MAT; dan

“pihak berkuasa penyeliaan” ertinya pihak berkuasa, badan atau agensi di suatu negara atau wilayah yang ditetapkan yang bertanggungjawab bagi pengawalan dan penyeliaan broker insurans.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN INSURANS (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT ANTARABANGSA YANG DILULUSKAN) 2012