Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN INSURANS (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT ANTARABANGSA YANG DILULUSKAN) 2012

Seksyen 3

Menjalankan perniagaan pembrokeran insurans MAT di Malaysia

Suatu entiti yang dilesenkan, didaftarkan, diluluskan atau dikawal dan diselia selainnya di bawah undang-undang negara atau wilayah yang ditetapkan untuk menjalankan perniagaan pembrokeran insurans, boleh menjalankan perniagaan pembrokeran insurans MAT sebagaimana suatu broker insurans bagi seorang di

(a)

dikecualikan di bawah seksyen 198 Akta daripada mematuhi perenggan 9(1)(b) Akta;

(b)

diluluskan oleh Bank sebagai suatu broker insurans MAT yang diluluskan;

(c)

tidak mempunyai apa-apa kehadiran perdagangan di Malaysia bagi maksud menjalankan perniagaan itu; dan

(d)

tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan pembrokeran insurans semula bagi mana-mana penanggung insurans, atau bertindak sebagai suatu broker insurans semula, berkenaan dengan penjalanan perniagaan itu.

P.U. (A) 169 4

Kelulusan oleh Bank

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN INSURANS (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT ANTARABANGSA YANG DILULUSKAN) 2012