Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN INSURANS (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT ANTARABANGSA YANG DILULUSKAN) 2012

Seksyen 4

Malaysia, dari luar Malaysia, sekiranya entiti itu—

(1)

Suatu entiti yang disebut dalam peraturan 3 hendaklah memohon secara bertulis kepada Bank bagi kelulusan untuk menjalankan perniagaan pembrokeran insurans MAT dalam apa-apa bentuk dan cara yang boleh ditentukan oleh Bank.

(2)

Entiti itu hendaklah mengemukakan dokumen atau maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank bagi maksud subperaturan (1).

(3)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah subperaturan (1),

Bank hendaklah menimbangkan permohonan itu dan boleh, tertakluk kepada subperaturan (4)—

(a)

meluluskan entiti itu dengan atau tanpa syarat; atau

(b)

enggan meluluskan entiti itu.

(4)

Bank tidak boleh meluluskan suatu entiti di bawah perenggan (3)(a)

melainkan entiti itu—

(a)

mempunyai modal berbayar sebanyak lima ratus ribu ringgit atau suatu jumlah yang sama dalam mata wang negara atau wilayah yang ditetapkan yang mana ia dilesenkan, didaftarkan, diluluskan atau dikawal dan diselia selainnya; dan

(b)

mengemukakan kepada Bank kebenaran bertulis oleh pihak berkuasa penyeliaannya bagi membolehkannya menjalankan perniagaan pembrokeran insurans MAT di Malaysia.

Syarat-syarat kelulusan tambahan

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN INSURANS (BROKER INSURANS MARIN, PENERBANGAN DAN TRANSIT ANTARABANGSA YANG DILULUSKAN) 2012