Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN 2011

Seksyen 10

(1)

Jika seorang juruukur tanah berlesen yang beramal atas nama suatu firma menyenggara suatu pejabat cawangan—

P.U. (A) 331 9

(a)

pejabat cawangan itu hendaklah beroperasi atas nama firma itu; dan

(b)

pejabat cawangan itu hendaklah diuruskan secara berterusan oleh seorang juruukur tanah berlesen.

(2)

Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan juruukur tanah berlesen yang mempunyai suatu pejabat cawangan yang melanggar subperaturan (1)

untuk menutup pejabat cawangan itu.

(3)

Juruukur tanah berlesen itu hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh penyampaian notis di bawah subperaturan (1) atau apa-apa lanjutan masa yang diluluskan oleh Lembaga, mengambil tindakan sewajarnya untuk menutup pejabat cawangan itu.

Pernyataan palsu

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN 2011