Malaysia legislation

Section 18

of PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN 2011

Seksyen 18

(1)

Seseorang yang memberi keterangan sehingga memuaskan hati Lembaga bahawa dia memiliki pengalaman bekerja selepas memperoleh kelayakan yang diperlukan boleh diberikan pengecualian oleh Lembaga seperti yang berikut:

Pengalaman bekerja

Pengecualian

(a)

Seseorang yang berkhidmat sebagai pensyarah di

Universiti

Teknologi

Malaysia atau

Universiti

Teknologi MARA dengan pengalaman minimum tiga tahun mengajar sepenuh masa dalam ukur tanah.

(b)

Seseorang yang berkhidmat sebagai pensyarah di politeknik atau institusi Kerajaan yang diiktiraf oleh

Lembaga dengan pengalaman minimum lima tahun mengajar sepenuh masa dalam bidang ukur tanah.

(c)

Seseorang yang telah memperoleh pengalaman bekerja di luar Semenanjung Malaysia yang boleh diterima oleh Lembaga.

Enam bulan latihan pejabat;

Enam bulan latihan pejabat; atau

Enam bulan latihan pejabat.

(2)

Jika pengecualian diberikan di bawah subperaturan (1), baki tempoh latihan hendaklah merangkumi sekurang-kurangnya enam bulan kerja ukur hakmilik di lapangan dan sekurang-kurangnya enam bulan kerja memproses ukur hakmilik di pejabat.

(3)

Lembaga boleh menerima pengalaman dalam ukur hakmilik yang diperoleh oleh seorang juruukur Kerajaan di Jabatan Ukur selepas memperoleh kelayakan yang ditetapkan dalam Jadual Ketujuh dengan syarat bahawa pengalaman itu diperakui oleh

P.U. (A) 331 13

suatu pernyataan latihan dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual Kelapan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Ukur.

Section 18 — PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN 2011