Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
of Peraturan-Peraturan Juruukur Tanah Berlesen 2011
“Artikel” ertinya suatu perjanjian dalam bentuk yang ditetapkan dalam Jadual
Keenam, yang dibuat antara seorang juruukur tanah berlesen dengan seorang orang berartikel;
“orang berartikel” ertinya seseorang yang ingin melayakkan dirinya untuk didaftarkan sebagai seorang juruukur tanah yang telah membuat Artikel dengan seorang juruukur tanah berlesen;
“latihan pejabat” ertinya suatu latihan yang diberikan kepada orang berartikel di pejabat seorang juruukur tanah berlesen;
P.U. (A) 331 6
“pelan” ertinya suatu paparan grafik yang dihasilkan, diperoleh atau disusun dengan apa-apa kaedah yang menunjukkan butir-butir, keputusan atau data lain bagi ukur hakmilik;
“Pengarah Ukur” ertinya Pengarah Ukur bagi Jabatan Ukur di negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia, dan termasuklah seorang pegawai yang bertindak bagi pihaknya;
“peperiksaan” ertinya peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga bagi menguji kecekapan profesional seorang yang bercadang untuk mendapatkan perakuan kecekapan; dan
“Setiausaha” ertinya orang yang dilantik oleh Lembaga di bawah seksyen 7 Akta.