Malaysia legislation

Section 21

of PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN 2011

Seksyen 21

(a)

mengendalikan peperiksaan sekurang-kurangnya sekali setahun; dan

(b)

melantik pemeriksa dan pengawas peperiksaan untuk peperiksaan itu dan membayar apa-apa fi yang ditetapkan dalam Jadual Kedua.

(2)

Lembaga boleh melantik di kalangan anggotanya dan juruukur tanah berlesen atau juruukur Kerajaan yang lain untuk menjadi anggota jawatankuasa peperiksaan untuk mengendalikan peperiksaan yang disebut dalam perenggan (1)(a).

(3)

Jawatankuasa peperiksaan, dengan kelulusan Lembaga, boleh mengeluarkan apa-apa arahan kepada pemeriksa, pengawas peperiksaan dan orang berartikel sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk pengendalian peperiksaan.

(4)

Anggota jawatankuasa peperiksaan hendaklah dibayar apa-apa fi sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(5)

Lembaga hendaklah menyiarkan dalam sekurang-kurangnya dua surat khabar harian nasional suatu notis mengenai tarikh peperiksaan Bahagian I dan tarikh tutup bagi permohonan untuk menduduki peperiksaan sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh peperiksaan itu.

P.U. (A) 331 15

Permohonan bagi peperiksaan

Section 21 — PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN 2011