Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN 2011

Seksyen 6

Pembaharuan lesen

(1)

Suatu permohonan untuk pembaharuan lesen amalan hendaklah dibuat kepada Lembaga dalam borang yang ditetapkan dalan Jadual Ketiga disertakan dengan pembayaran fi yang ditetapkan dalam Jadual Kedua dalam tempoh tiga bulan sebelum habis tempoh lesen.

(2)

Seorang juruukur tanah berlesen yang memohon untuk pembaharuan lesen amalan hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat lanjut sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.

(3)

Lembaga boleh, apabila membaharui lesen itu, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Pemasukan semula nama pada Daftar

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN 2011