Seksyen 7
Pemasukan semula nama pada Daftar
of Peraturan-Peraturan Juruukur Tanah Berlesen 2011
P.U. (A)In forceProvision 7 of 19
Seksyen 7
(1)
Mana-mana orang, yang namanya telah dikeluarkan daripada Daftar menurut subseksyen 8(6) Akta kerana tidak membaharui lesen amalannya sebelum hari pertama dalam bulan Februari dalam mana-mana tahun, hendaklah memohon secara bertulis untuk memasukkan semula namanya dalam Daftar dan menyatakan butir-butir penggajian atau pekerjaannya setakat pada tarikh permohonannya kepada Lembaga.
(2)
Permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan pembayaran fi pemasukan semula yang ditetapkan dalam Jadual Kedua.