Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN 2011

Seksyen 9

(1)

Jika perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subperaturan 8(2)

dibatalkan menurut subperaturan 8(3), juruukur tanah berlesen yang kepadanya perakuan pendaftaran itu dikeluarkan hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis pembatalan perakuan pendaftaran itu, menyerahkan balik perakuan pendaftaran itu kepada Lembaga.

(2)

Juruukur tanah berlesen yang kepadanya perakuan pendaftaran telah dikeluarkan boleh menyerahkan balik perakuan pendaftaran itu atas inisiatifnya sendiri dengan menghantar perakuan pendaftaran itu kepada Lembaga dengan suatu notis bertulis mengenai penyerahan balik perakuan pendaftaran itu.

(3)

Penyerahan balik perakuan pendaftaran itu hendaklah berkuat kuasa empat belas hari dari tarikh Lembaga menerima perakuan pendaftaran dan notis bertulis itu.

(4)

Apabila perakuan pendaftaran diserahkan balik di bawah peraturan ini,

Lembaga tidak akan membayar semula apa-apa fi yang telah dibayar oleh juruukur tanah berlesen yang kepadanya perakuan pendaftaran telah dikeluarkan di bawah subperaturan 8(1).

Penyenggaraan pejabat cawangan

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN 2011