Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN (PINDAAN) 2024

Seksyen 10

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan Bahagian III dengan bahagian yang berikut:

“BAHAGIAN III

ARTIKEL DAN ORANG BERARTIKEL

Tempoh dan syarat Artikel 13.

(1)

Suatu Artikel hendaklah bagi tempoh dua tahun dan hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan dalam Jadual Keenam.

(2)

Sebelum seseorang membuat suatu Artikel, dia hendaklah mengemukakan keterangan bahawa dia telah memperoleh—

(a)

kelayakan yang dinyatakan dalam Jadual Ketujuh; atau

(b)

apa-apa kelayakan yang berkaitan dengan ukur geomatik, sebagaimana yang boleh diluluskan oleh Menteri, atas syor

Lembaga.

(3)

Seseorang yang memegang kelayakan sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri di bawah perenggan 2(b) hendaklah lulus apa-apa peperiksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga sebelum orang itu membuat suatu Artikel.

(4)

Tiada juruukur tanah berlesen boleh mengambil mana-mana orang berartikel di bawah suatu Artikel melainkan jika dia telah dilesenkan oleh

Lembaga melebihi lima tahun.

P.U. (A) 309 9

Artikel dikemukakan kepada Setiausaha 14.

Seorang juruukur tanah berlesen hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penyempurnaan Artikel, mengemukakan Artikel itu kepada

Setiausaha bersama dengan perakuan pendidikan, perakuan kelahiran, bukti kewarganegaraan orang berartikel itu dan fi pendaftaran Artikel sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua.

Pendaftaran dan pembatalan Artikel 15.

(1)

Setiausaha, tertakluk kepada arahan Lembaga, hendaklah secepat yang mungkin setelah menerima apa-apa Artikel di bawah peraturan 14, mendaftarkan Artikel itu dalam Daftar yang disimpan mengikut peraturan 12.

(2)

Lembaga boleh mengarahkan

Setiausaha untuk menolak pendaftaran mana-mana Artikel jika—

(a)

kehendak di bawah peraturan 14 tidak dipatuhi; atau

(b)

juruukur tanah berlesen telah mempunyai sepuluh orang berartikel.

(3)

Mana-mana pihak boleh membatalkan Artikel dengan memberikan notis secara bertulis kepada pihak satu lagi dalam tempoh sekurang-kurangnya empat belas hari dan pada masa yang sama pihak itu hendaklah memaklumkan kepada Lembaga berkenaan dengan pembatalan itu.

(4)

Lembaga boleh memotong nama orang berartikel daripada Daftar—

(a)

setelah pembatalan dibuat di bawah subperaturan (3); atau

(b)

setelah namanya didaftarkan di bawah seksyen 9 Akta.

P.U. (A) 309 10

(5)

Lembaga boleh membatalkan pendaftaran mana-mana Artikel, jika pendaftaran itu telah diperoleh melalui penipuan, representasi palsu atau penyembunyian apa-apa fakta material, atau jika pendaftaran itu dibuat oleh sebab kesilapan atau kekhilafan.

Pendaftaran juruukur Kerajaan sebagai orang berartikel 15A.

Seseorang juruukur Kerajaan yang telah berkhidmat dalam bidang ukur tanah atau ukur geomatik untuk sekurang-kurangnya dua tahun boleh membuat permohonan kepada Lembaga untuk didaftarkan sebagai orang berartikel dengan syarat permohonannya untuk berdaftar di bawah subseksyen 9(1) Akta telah disokong dengan perakuan daripada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan bahawa juruukur Kerajaan itu adalah seorang yang sesuai dan layak untuk didaftarkan dengan Lembaga.”.

Penggantian peraturan 16

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN (PINDAAN) 2024