Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN (PINDAAN) 2024
Seksyen 3
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 3 dengan peraturan yang berikut:
“Permohonan pendaftaran 3.
(1)
Tiap-tiap orang yang layak didaftarkan di bawah subseksyen 9(1) Akta hendaklah memohon kepada Lembaga dalam borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama bersama dengan pembayaran fi sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua.
(2)
Selepas menerima permohonan untuk pendaftaran di bawah subperaturan (1), Lembaga hendaklah memutuskan permohonan itu dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan permohonan itu.
(3)
Tiap-tiap pemohon hendaklah diberitahu mengenai keputusan
Lembaga secara bertulis dalam tempoh dua bulan dari tarikh keputusan itu.
P.U. (A) 309 4
(4)
Seorang juruukur Kerajaan yang namanya telah diletakkan dalam Daftar di bawah subseksyen 9(2) Akta ini hendaklah kekal dalam Daftar untuk tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh dia tidak lagi menjadi seorang juruukur Kerajaan.
(5)
Selepas tamat tempoh yang diperuntukkan dalam subperaturan (4), Setiausaha hendaklah mengeluarkan nama juruukur
Kerajaan itu daripada Daftar sekiranya tiada permohonan lesen amalan dibuat olehnya di bawah peraturan 4.”.
Pindaan peraturan 6